Bagaimana Cara Mandi Junub & Pengambilan Wuduk Bagi Pesakit Yang Patah Kaki & Berbalut...


Penerangan Soalan:
suami saya telah mengalami kemalangan dan patah kaki. Kakinya telah disimen dari pangkal paha hingga telapak kaki. bagaimana caranya untuk dia mengambil wuduk serta mandi junub.


Jawapan:
Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak disebabkan oleh kesakitan atau rawatan dan tidak ada orang yang membantunya berwuduk atau bertayammum maka mereka dikehendaki solat menghormati waktu tanpa berwuduk / tayammum dan tanpa menghadap kiblat mengikut kemampuan.  solat menghormati waktu wajib diqadak secepat mungkin apabila sembuh atau keadaan mengizinkan.  sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan belum sempat mengqadaknya maka mereka dikira sudah melaksanakan kewajipan dan tidak berdosa.
Bagi pesakit-pesakit yang bergerak atau dalam keadaan mengizinkan, mereka hendaklah berusaha berwuduk/bertayammum.
perhatian:
1.  bagi pesakit yang mukanya tidak boleh kena air= solat wajib diqadak kerana muka adalah anggota tayammum yang tidak boleh disempurnakan.
2.  bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air= solat wajib qadak kerana tangan adalah anggota wuduk dan tayammum yang tidak dapat disempurnakan.
3.  bagi pesakit yang kepalanya tidak boleh kena air= solat tidak wajib diqadak jika pembalutnya tidak meliputi hada kepala yang memadai sapu.
4.  bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air=  solat tidak wajib diqadak jika pembalut itu tidak melebihi had yang diperlukan.
Anda boleh memilih salah satu.
Cara pertama:
1.  berniat mengambil wuduk semasa membsuh muka.
2.  membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
3.  bertayammum
4.  menyambung wuduk dengan menyapu air ke kepala.
5.  membasuh kaki.

Cara kedua:
1.  berniat mengambil wuduk semasa membsuh muka.
2.  bertayammum dengan menyapu muka debu ke muka dan menyapu debu ke tangan sehingga selesai.
3.  menyambung wuduk dengan membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
4.  menyapu air ke kepala
5.  membasuh kaki.
Bagi mandi wajib,hendaklah mandi seperti biasa dengan niat mandi wajib dan bagi anggota kaki berbalut hendaklah disapukan air atasnya.Jika tidak boleh kena air,maka hendaklah bertayammum.
Anda boleh mendapatkan buku Panduan Tayammmun, Wudu' dan Solat Pesakit di Bahagian Dakwah, Aras 7 blok D7, kompleks di Putrajaya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Wallahua'lam


Wallahua'lam



Wallahua'lam

Labels: islamik, semasa
Back To Top